Rambutan Untuk Kecantikan Kulit. Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Rambutan Untuk Kecantikan Kulit. Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

rambutan

Rambutan adalah buah yang tidak asing lagi bagi rakyat di Malaysia. Bentuknya yang unik dengan rambut di bahagian kulit luar dan rasanya yang manis, sudah tentu ianya menjadi salah satu sebab kenapa rambutan menjadi buah fevret untuk dimakan.

Tapi tahukah kita, selain sedap dimakan, buah rambutan memiliki banyak manfaat untuk kecantikan. Tak percaya? Jom baca fakta ini.

Kandungan vitamin C memang cukup tinggi di dalam buah ini. Ternyata vitamin ini sangat berguna untuk mencantikkan kulit. Mari lihat apakah effect jika kita menggunakan rambutan sebagai alternatif untuk menjaga wajah.

1. Mencerahkan kulit

rambutan cerahkan kulit

Kulit rambutan mempunyai khasiat yang mampu mencerahkan kulit. Macam mana cara dia? Blend kulit rambutan untuk dijadikan masker. Kenakan pada kulit muka, cuba dalam 10 minit selama 2-3 hari, dan lihat perubahan pada muka anda.

2. Melembutkan dan menghaluskan kulit

khasiat rambutan melembutkan kulit

Selain kulit buah rambutan yang boleh dijadikan masker, isi buah ini pula boleh melembut dan menghaluskan kulit wajah. Picitkan isi buah ini sehingga keluar jus dan campurkan dengan minyak zaitun. Lumurkan pada kulit muka dan biar sehingga 10 minit. Kulit anda akan merasa tegang dan begitu lembut serta halus!

3. Mencegah penuaan

khasiat rambutan anti aging

Ha.. ini yang paling kita suka. Anti-aging! Khasiat ini terdapat pada biji buah rambutan. Blend biji ini dan campurkan bersama minyak zaitun. Sapukan pada kulit muka. Lihat hasilnya setelah cuba selama seminggu. 

Jadi, bagi yang rajin, kita boleh cuba tips-tips ini untuk mencatikkan kulit dengan menggunakan buah tempatan kita.

Selamat mencuba!